|
|
| Friday, 29-Feb-2008 09:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sneak Preview...Dieticians' Character..-Orphans Program..
|
|
| Code: | What a nice faces they have!! |
ini adalah satu request yang membuatkan saya serba salah sebenarnya..bermula dengan penolakan untuk menjalankan tugas amatur, saya akhirnya menerima, hanya untuk lebih kurang satu jam..dan hasilnya, sekurang-kurangnya saya berpuas hati walaupun di tengah panas dan tersedak oleh setting camera yang tak betul pada mulanya..okay smoga berjaya programnya ya geng..
| Code: | uisshhh...
hmmmm...
huhu... |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Feb-2008 11:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nature..
|
|
| Quote: | Baru minggu lepas pelajar-pelajar matrik yang akan meneruskan tuntutan ummah berkunjung ke Kampus Kuantan untuk mengetahui ‘reality’ hidup di Kuantan. Cerita tanpa layarnya, siapa yang mahu percaya…itu mungkin pada pandangan saya kerana saya mengamalkan dasar selagi tiada bukti di depan mata, sukar sekali untuk mempercayainya..maka dengan kata lain, saya adalah seorang yang selalu mengambil risiko kerana cuba menghadapi dulu apa-apa sahaja yang mungkin akan datang dan kemudian akan mengambil langkah berhati-hati jika sesuatu terjadi..
Oh nampaknya, sudah meleret..apa yang saya mahu ceritakan di sini, bagaimana sambutan kami di Kuantan dan bagaimana respons adik-adik dari ‘foundation’ di Petaling Jaya. Untuk dua hari lawatan mereka ke Kuantan, kami para ‘senior’ di jemput bersama-sama mereka dalan slot ‘Sharing Moment’. Adik-adik nampaknya agak teruja dengan keadaan sekitar di Kuantan. Berpandukan ingin memberikan sedikit gambaran tentang kos-kos yang akan mereka tempuhi sekian mereka mendaftar nanti, saya berniat memberikan cerita pokok tentang kos Radiography and Diagnostic Imaging. Perkara pokok yang saya ceritakan adalah bagaimana kerja dan pembelajaran yang mereka akan tempuhi nanti.
Kami semua dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdapat beberapa orang senior dan beberapa adik-adik . Perkara pertama yang saya utamakan adalah kos yang menjadi hala tuju mereka. Walaupun rata-rata mereka memilih untuk mengambil ‘Dietetic’ sebagai pengkhususan, ada juga yang memilih kos saya. Apa yang melegakan, adik yang memilih untuk mengambil kos ini mengatakan kerana kecenderungannya terhadap “images”. “Alhamdulillah, nampaknya adik memilih kos yang betul! ”. Sesi tersebut berjalan selama lebih kurang sejam setengah. Di akhir sesi nampaknya semua berpuas hati dengan soalan dan jawapan yang diutarakan. Saya juga tidak lupa memberikan iklan tajaan ‘jangan lupa bersukan atau beriadah nanti!’. Sesibuk mana pun kita, perlu diluangkan masa untuk beriadah kerana stamina yang kuat sangat diperlukan dalam kerja-kerja kami ni. Aktiviti seterusnya adalah beriadah bersama kami, ‘the seniors’. Bagi ‘sister’ volleyball menjadi pilihan. Itu yang menarik sekali..hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 22-Feb-2008 07:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Serikandi Explorace..
|
|
Alhamdulillah berjaya juga saya selesaikan kerja yang satu ini. Di awal pemberitahuan tentang aktiviti yang saya perlu lakukan ini rasa berat juga. Rasa berat kerana memikirkan banyak lagi kerja yang perlu saya siapkan ditambah lagi dengan kebimbangan ketidak upayaan saya untuk melakukannya. Dengan kata lain saya fikir saya tak mampu, tak pandai dan tak percaya saya boleh buat program macam ni. Memang nampaknya kecil sahaja..(bagi yang biasa beraktiviti). Tapi bagi saya yang mengalami masalah ‘low self esteem’ saya rasakan perkara ini agak besar..
Namun saya akhirnya cuba juga memikul tanggungjawab ini memikirkan saya adalah ‘assistant headcom sport and recreation HEALS’. Saya perlu juga memikirkan maruah saya sendiri..saya fikir, apa gunanya saya pegang jawatan yang kawan-kawan amanahkan tetapi saya tak jalankannya dengan baik. Bermotivasikan kerja yang berat boleh diselesaikan dengan kerjasama ahli dan perancangan yang teratur, saya pun menyahut tanggungjawab ini. Dengan dorongan sahabat saya, Nurul Hafizah Mohd Norizan, ‘vice president HEALS’ , sahabat yang saya rasakan sangat baik dan belum pernah lagi saya jumpa orang yang sedemikian, saya meneruskan prosedur untuk membuat program ini sejak lebih kurang sebulan setengah hingga ke hari ini.. Alhamdulillah akhirnya berjaya, seperti yang saya katakan tadi..
Setelah beberapa hari dicuri masa untuk membuat persiapan aktiviti hari ini, saya pun mengorak langkah memulakan perjalanan ke ‘starting point’ bagi aktiviti ini. Pada mulanya gementar juga oleh sambutan dari pihak-pihak yang dijemput untuk menyertai aktiviti ini. Setelah lebih kurang 15 minit menunggu, akhirnya para peserta mula berkumpul. Kedatangan mereka menyemarakkan semangat saya untuk meneruskan program ini dengan yakin. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan kerja saya dan sahabat-sahabat saya yang lain.
| Quote: | “ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”
Al-Baqarah:286 |
Walaupun tidak seratus peratus peserta yang hadir untuk menyertai program ini, namun target yang diletakkan tercapai..tiada kerugian dan tiada sebrang masalah yang berlaku. .para peserta juga nampaknya gembira dengan aktiviti yang dijalankan walaupun hanya 2 tempat hadiah disediakan..akhirnya keputusan meletakkan HEALS menyandang tempat pertama dalam aktiviti ini. Tak disangka juga para ‘pencen’ student berjaya dengan bergaya menamatkan aktiviti ini. Bagi para peserta yang kurang berjaya, cuba lagi pada masa hadapan. Mungkin ada rezekinya nanti. Tak dilupa orang-orang kuat saya, ZAHIRAH, WANI RAHIM, YATI 1ST YEAR, HASANAH, FATIN DAN MIMI. Terima kasih daun keladi, lain kali tolong lagi..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-Feb-2008 03:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Character..
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 22-Jan-2008 06:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
malasan TIME!!
|
|
wow!! that's not me..i did the editing during last wekend..just to kill time that never allow me..huhu!!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 13-Jan-2008 04:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BOOMZ!!!sukan rakyat 2008
|
|
|
program yang diadakan oleh sport and rec heals ni memang macam-macam..ini antara gambar-gambar yang ada.. sebenarnya sangat banyak tapi tak larat nak upload bebanyak.. sumer acara best2..memang lawak aksi-aksi semua orang masa tu..terutamanya terompah gergasi..ada baling selipar, galah panjang, boling kelapa..malah ada juga menganyam ketupat guna reben..walaupun tak feel sangat bila anyak ketupat guna reben ni, tapi dapat sambutan juga..pemenangnya perempuan..aduhai.. dimana lelaki warisan ni?? tapi takper lah sebab still ada gak yang masih nak belajar..bagus, teruskan usaha!!kepada sport and rec coms, thanks and semoga kita boleh buat lebih baik lagi untuk program2 yang akan datang..adios!!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 20-Dec-2007 06:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
12 November 07
|
|
|
3 jam selepas radiographic pathology exam..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-Nov-2007 02:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam Perjuangan!!
|
 |
|
berjuang!!
|
|
|
alhamdulillah..exam sudah pun selesai..tabirnya sudah diturunkan..pengisiannya? tak tahulah..moga-moga Allah membantu dalam setiap perkara..moga-moga para pensyarah dilembutkan hati untuk menanda kertas-kertas yang dihantar,agar baik keputusan setiap seorang daripada kami..
nak dikatakan stress, tidaklah juga..tapi setiap kali tiba saat, 2 jam lagi nak periksa, hati dah berdebar-debar macam sakit jantung pun ada juga.. senang kata SOB tu memang ada la.. short of breath.. itu yang kadang-kadang risau, sebab bila kita cemas, kadang-kadang apa yang kita fikirkan tu boleh hilang..so sebaik-baiknya tenang sahaja..nervous itu baik juga sebenarnya..membantu dalam proses berfikir..kihkih betul ke?
bagi aku, kala musim exam ni la selalunya idea yang tah paper timbul..macam-macam..banyak lah karya-karya yang tak boleh dipublish akan aku hasilkan..hahah tambah lagi dengan main game..ish-ish..itu memang tak dapat dihilangkan..okaylah..sampai sini dulu..kepada kawan-kawan, selamat bercuti..semoga buka sem baru nanti kita lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan kita..salam perjuangan!!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-Nov-2007 02:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Who's going to win???
|
 |
|
yumm...yummm...
|
|
 |
|
glurp..glurp..
|
|
|
exam fever!!!
Choc Cake VS Cheese Cake!!
VS
|
|
|
|
|
|
| Friday, 19-Oct-2007 07:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Faris series..
|
 |
|
ala la la..shian dier...
|
|
 |
|
hehe..bestnyer..dah puas tido dah..
|
|
 |
|
uaaaa!!!jangan kaco..nak tido!!!
|
| | View all 4 photos... |
|
elooo..my baby ..haha tak la..ni the first anak sedara and the first cucu mak and abah. namanya Muhammad Faris bin Muhammad Yusuf..simple jer..tak yah susah kan..abah dia bahasakan aku, cik ana. abah dia, my brother la..kat fotopages dia pun ada kot gambar si kecik ni ..ambik gambar dia ni masa balik kampung sempena raya hari tu..dah sebulan baru tengok dia..heheh naseb la terkandas kat pahang ni..asyik tido jer..susah betul nak tengok mata dia terbukak..gambar2 ni candid la apelagi..ready camera and pup!!!hah..

|
|
|
|